9/06/2011

Deposit Rumah Ketiga Dengan Rumah Sedia Ada


Sekadar gambar hiasan

Untuk membeli rumah ketiga di atas nama pembeli yang telah mempunyai lebih 2 buah rumah merupakan satu cabaran. Ini kerana pembelian rumah ketiga memerlukan seseorang itu mengeluarkan deposit sebanyak 30% dari harga rumah.

Sebagai contoh untuk membeli rumah berharga RM100,000.00 maka itu, kita terpaksa mengeluarkan duit sebanyak RM30,000.00 tidak termasuk kos-kos lain yang berkaitan. Maka itu, cabaran terbesar untuk seseorang menyediakan duit sebanyak 30% untuk deposit bagi sesebuah rumah. Deposit 30% untuk rumah ketiga ini telah dikuatkuasakan oleh pihak Bank Negara pada tahun lepas bagi mengawal spekulasi menaikkan harga rumah. Bagaimanapun bagi pelabur-pelabur yang mempunyai kemampunan kewangan yang kecil akan merasa tempias ini terutama untuk mencari jumlah deposit.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini ?

Pelbagai jalan boleh terbuka untuk mereka yang sentiasa berfikiran positif dan kerap mencari peluang yang ada terutama yang mendatangkan duit. Semakin kita mencari duit maka semakin ia akan menarik ke arah kita. Kita juga akan sentiasa bertemu pelbagai jalan untuk mengumpul duit sebagai deposit membeli rumah ketiga.

Manakala rumah sedia ada juga boleh mendatangkan duit untuk kita seperti pendapatan sewa dan pinjaman semula rumah tersebut mengikut harga nilai pasaran semasa. Sebagai contoh harga rumah dibeli dahulu RM100,000.00 dan kini nilainya mungkin RM140,000.00 selepas 3-5 tahun. Jika dahulu rumah tersebut dibuat pinjaman rumah RM90,000.00 dan baki pinjaman mungkin dalam RM80,000.00.

Jika pinjaman semula dibuat dengan harga semasa iaitu RM140,000.00 ditolak 10% kemudian ditolak baki pinjaman lama maka kita akan perolehi tunai RM46,000. Dengan baki tunai sebanyak RM46,000.00 tersebut bolehlah kita mencari atau membeli rumah ketiga dengan deposit RM30,000.00 untuk rumah berharga RM100,000.00 .

Pelbagai jalan dan peluang yang ada dihadapan kita. fikir-fikirkan la bersama.

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom