8/23/2012

Cabaran Kos Hidup Pada Hari Ini

Dalam keadaan global ekonomi yang semakin mencabar dengan kos sara hidup sentiasa meningkat saban tahun serta cabaran negara kita dalam usaha untuk menjadi negara maju dalam 2020. Situasi ini sudah pasti memberi impak pada gaya hidup harian kita yang mana nilai pendapatan kita mengecil secara perlahan dan kuasa beli juga menurun.


Dalam pada itu, kita terpaksa sentiasa menjadi perancang ekonomi untuk diri sendiri dan keluarga agar kita dapat menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini. Kenaikan harga pelbagai barang pada hari ini menyebabkan ramai orang akan menghadapi tekanan hidup terutama di bandar-bandar dan tidak terkecuali di kawasan pekan serta pendalaman.

Kehidupan mereka yang mempunyai pendapatan tinggi tidak menjadi masalah sangat berbanding mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah serta yang tidak mempunyai pendapatan tetap sudah pasti mengalami tempias yang sangat besar dengan kenaikan kos pada hari ini.

Bagaimanapun terdapat segelintir orang yang suka bergaya ala-ala orang berduit atau biar papa asalkan bergaya. Mereka inilah menyebabkan corak kehidupan menjadi tidak terancang dan tidak mempunyai simpanan untuk kegunaan akan datang.

Tetapi tidak juga terkecuali mereka yang benar-benar berusaha untuk mencari pendapatan dan mengurus hal ehwal keluarga namun masih hidup umpana kais pagi makan pagi. Golongan ini merupakan mereka yang sentiasa berusaha untuk maju tetapi tidak mempunyai ilmu strategik perancangan kewangan yang berkesan dan terdapat juga mereka mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian yang diperolehi.

Bagaimana kita ingin hidup selesa dengan faktor kos hidup yang sentiasa meningkat saban tahun dan pendapatan sedia ada yang diperolehi juga tidak mampu menampung keperluan hari ini. Langkah kebiasaan yang dilakukan oleh mereka yang menghadapi keadaan ini akan cuba mengawal atau mengurangkan perbelanjaan harian tetapi  kadang kala masih juga tidak mencukupi untuk menangkis kos sara hidup.

Tetapi pada hari ini juga terdapat golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana boleh meneruskan kehidupan dengan selesa dan seolah-olah mereka tidak merasa kesan kenaikan kos sara hidup.


Kenapa ini boleh terjadi ? kerana mereka telah pun bertukar cara berfikir iaitu dengan sentiasa mancari ilmu strategik kewangan untuk digunakan pada kehidupan mereka dan bergaul dengan mereka yang telah dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat kejayaan.

Mereka sentiasa berusaha merancang pengurusan kewangan dan mencari peluang atau berniaga untuk menambah pendapatan tanpa bergantung hanya pendapatan sedia ada. Dengan sentiasa berfikir positif dan bermotivasi untuk mencapai kemajuan menyebabkan kehidupan mereka dipenuhi dengan minda kejayaan.

Ini menyebabkan jiwa mereka sentiasa kental dan tabah di dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Dalam diri mereka, setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya maka walaupun kos sara hidup meningkat sudah pasti ada cara atau teknik penyelesaian di dalam menghadapinya dengan tenang.

Oleh itu marilah "Transformasi Minda" untuk berfikir positif dan kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom