Nilai semasa kereta sentiasa jatuh dari saat hingga ke tahun selepas ia didaftarkan. Membeli kereta merupakan satu pelaburan yang tidak berbaloi malah ia merupakan pelaburan ke arah besi buruk walaupun harga asalnya mencecah RM beratus ribu. Ini kerana membeli kereta merupakan liabiliti dan tidak mendatangkan sebarang keuntungan malah merupakan hutang negatif jika kita dibebani oleh hutang yang perlu dibayar setiap bulan sehingga ke tahun 9 tempoh matang pinjaman tersebut.
Bagaimanapun selepas sahaja kita menghabiskan duit untuk kereta tersebut dan dihujung akhir bayaran pinjaman maka secara automatik nilai kereta yang asalnya RM beratus ribu telah pun turun lebih dari separuh dari harga beli. Begitu juga harga Toyota Alphard yang dulu harganya dalam lingkungan RM200K dan kini banyak untuk dijual diiklankan di www.mudah.my dalam lingkungan RM100K-RM120K. Geram juga tengok harga terkini Alphard ni kerana ada juga impian untuk memilikinya tapi apakan daya hutang kereta sedia ada pun belum selesai.
Ini menunjukkan kepada kita bahawasanya membeli kereta merupakan pelaburan besi buruk. Semewah mana pun kereta tersebut tetap akan jatuh juga nilai semasanya yang usianya semakin meningkat.
Impian untuk memiliki kenderaan seperti Toyota Alphard ini boleh dicapai tetapi perancangan kewangan perlu dibuat dengan teliti dan terancang dari sekarang. Buatlah impian untuk memilikinya agar ia menjadi pencetus motivasi untuk menambah pendapatan dan mengawal kewangan dengan lebih strategik dan tersusun agar kita tidak dibebani oleh hutang yang tidak terkawal. Tetapi harus diingat bahawasaya pelaburan kereta merupakan pelaburan besi buruk.
No comments:
Post a Comment