Selepas menerima gaji atau pendapatan, langkah pertama yang perlu dibuat adalah membuat simpanan secara tetap sebanyak 10% dari gaji yang diterima. Tetapi pada hari ini ramai orang yang mengamalkan sikap belanja dahulu barulah buat simpanan selepas itu.
Walhal wang yang tinggal menyebabkan keinginan untuk menyimpan telah pun tidak timbul kerana baki yang ada tinggal sedikit atau cukup-cukup untuk belanja kehidupan seterusnya. Jika kita mengamalkan sikap belanja dahulu kadangkalanya gaji yang dilihat masih banyak menyebabkan kita gairah berbelanja sehingga barang tidak dalam senarai pun akan dibeli.
Cuba kita tukar langkah buat dahulu simpanan barulah berbelanja, ini sudah pasti kita berjaya menyimpan untuk setiap bulan. Ini kerana kita melihat baki gaji yang tinggal kurang dari asal, secara automatik minda kita akan cuba mengawal perbelanjaan termasuk tidak membeli barang yang bukan dalam senarai atau cuba mengelak barang yang bukan keutamaan.
Untuk kesejahteraan hidup, kita perlu mengubah disiplin berbelanja dan pengurusan kewangan diri dengan membuat simpanan dahulu sekurang-kurangnya 10% dari gaji yang diterima dan barulah berbelanja. Dengan minda separa sedar kita akan membawa ke arah berbelanja dengan lebih disiplin.
No comments:
Post a Comment