2/05/2011

Harga Apartment Baru Sekitar Kota Kinabalu

Dalam masa sekarang banyak pemaju di Sabah ini lebih berminat membina kediaman jenis apartment dari 2 bilik dan 3 bilik sekitar lingkungan 30km dari pusat Bandar Kota Kinabalu. Permintaan kediaman jenis apartment ini telah diterima oleh penduduk setempat tetapi harganya pada masa kini juga melambung tinggi.

Harga untuk 2 bilik sahaja mencecah dari RM 140000 hingga RM 160000 manakala bagi 3 bilik pula dari RM160000 hingga RM200000 atau lebih. Ini menunjukkan bahawa dengan harga ditawarkan masih juga dapat permintaan yang tinggi untuk kediaman jenis apartment terutama untuk kawasan panas atau mempunyai permintaan tinggi seperti kawasan Kepayan dan Sepanggar.

Dengan kadar harga apartment yang ditawarkan menyebabkan kadar sewa juga naik mengikut arus permintaan seperti dari RM650 hingga mencecah RM1000 sebulan.

Beberapa contoh harga yang diperolehi sebagai panduan

(harga akan berubah mengikut progress peratus siap apartment dan nilai semasa)


1. Malawa Ria Apartment
harga dari RM142,096 (2 bilik – 740sqft) dan dari RM185,258 (3 bilik - 950sqft)

2. University Condo Apartments 2
harga dari RM161,888 - RM287,888 (2 bilik dan 3 bilik)

3. Bandar Sierra Apartment
harga dari RM162,888 (2 bilik - 712sqft) dan dari RM206,800 (3 bilik - 952sqft)

4. Putatan Platinum Apartment
harga dari RM158,080 - RM201,300 (3 bilik 850sqft)

5. Bundusan Perdana Apartment
harga dari RM158,080 - RM201,300 (3 bilik 850sqft)

6. Apartment Angkasa
harga dari RM158,080 – RM192,300 (3 bilik 850sqft)

7. Lok Kawi Heights (Seri Maya Apartment)
harga dari RM142,993 – RM175,120 (3 bilik 874sqft – 1068sqft)

2/04/2011

Pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera


PELABURAN Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang membolehkan pelabur Bumiputera melabur dalam hartanah utama dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500.

Pelancaran AHB di sempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Skim AHB ini memberi peluang kepada golongan Bumiputera meningkatkan lagi penyertaan mereka dalam hartanah komersial di lokasi strategik dalam negara.

PHB ditubuhkan pada Mei 2006 adalah cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pegangan pelaburan.

Matlamat PHB adalah mengekalkan pertumbuhan jangka panjang menerusi pengurusan, pelaburan dan perluasan perniagaan teras syarikat dalam sektor pelaburan hartanah komersial utama.

Unit AHB ditawarkan dan diurusniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Ia boleh dilanggan di semua cawangan Maybank seluruh negara dengan jumlah pelaburan maksimum dibenarkan sebanyak RM200,000.

Pelaburan AHB terbuka kepada rakyat Bumiputera Malaysia berumur tiga bulan ke atas dengan syarat pelabur di bawah 18 tahun perlukan penanda tangan penjaga sah rakyat Malaysia.

PHB ketika ini memiliki tujuh bangunan dengan lima daripadanya disenaraikan dalam pelaburan AHB termasuk CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya dan Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.

Pelaburan RM1 juta dirikan Menara One Hotel membuahkan hasil


WAN SALSABILA menunjukkan Menara One Hotel di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

KOTA BHARU- Keyakinan tinggi terhadap industri pelancongan negara menyebabkan seorang usahawan muda, Wan Salsabila Wan Ahmad Shaifuddin, 23, sanggup mengeluarkan pelaburan RM1 juta bagi mendirikan Menara One Hotel di sini.

Pelaburan itu meskipun dilihat sebagai satu cubaan berani bagi seorang yang baru dalam dunia perniagaan, namun beliau tetap berkeyakinan tinggi mampu meraih pulangan setimpal berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.

"Menara One Hotel memulakan operasi pada 1 Januari lalu sebagai sebuah hotel bertaraf tiga bintang namun tetap mengekalkan komitmen yang tinggi terhadap keselesaan para pelanggan.

"Bagi tahun pertama operasi, kami menyasarkan pulangan sekitar RM500,000 dan sehingga kini sasaran sudah hampir 40 peratus serta semakin meningkat," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, selepas sebulan beroperasi, prestasi kewangannya bertambah baik dengan sambutan menggalakkan daripada para pelanggan terutama ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.

Jelasnya, pihak pengurusan kini giat menjalankan pelbagai usaha untuk memasarkan hotel tersebut dengan lebih meluas melalui jalinan kerjasama dengan ejen pelancongan dan agensi berkaitan.

"Di sini kami mempunyai 25 buah bilik terdiri daripada tiga jenis berbeza iaitu standard, superior dan duluxe yang berharga antara RM50 hingga RM108 dan semuanya dilengkapi dengan alat penghawa dingin.

"Setiap bilik juga dilengkapi dengan televisyen LCD dan siaran Astro, mandian panas dan sejuk, cerek elektrik, telefon dan kemudahan WiFi," ujarnya.

Sumber dari Kosmo Online

2/03/2011

Memiliki Rumah Pertama

Pelbagai promosi telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta di dalam menggalakkan rakyat untuk memiliki rumah. Sebelum ini pihak kerajaan telah memberi pelbagai intensif untuk menggalakkan golongan muda untuk membeli rumah termasuk pembelian rumah tanpa deposit untuk pertama kali dengan paras siling RM220,000.

Begitu juga pihak pemaju yang sentiasa memberi sokongan untuk kita memiliki rumah seperti percuma bayaran untuk penjanjian jual beli, promosi rumah yang dijual dengan beberapa perabot asas, diskaun 10% untuk deposit dan lain-lain. Ini bermakna pihak swasta juga memainkan peranan di dalam memberi peluang untuk kita memiliki rumah.

Begitu juga pihak bank yang sentiasa menawarkan pelbagai pakej pinjaman seperti tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun, ada juga bank menawarkan bayaran bulanan setiap tahun hanya 10 bulan sahaja, kemudahan pembiayaan semula rumah dan lain-lain, rujuk pihak bank untuk keterangan lanjut.

Begini juga iklan di bawah ini yang cukup menarik yang mana pembeli buat pertama kali digalakkan untuk memiliki rumah dan juga beberapa cabutan bertuah sedang menanti. Tetapi iklan ini bukan di Sabah kerana ia adalah iklan dari sebelah utara tanah air. Cuma di sini saya ingin berkongsi bahawa semua pihak sentiasa berusaha agar rakyat malaysia sekurang-kurangnya memiliki sebuah rumah tidak kira jenis kediaman tersebut.

2/02/2011

Makan Gaji Tetapi Kaya


Terima kasih buku "Makan Gaji Tetapi Kaya", buku ini banyak memberi manafaat terutama kepada mereka yang kerja dengan makan gaji. Kebanyakan orang bercita-cita mau menjadi kaya tetapi mereka tidak percaya boleh kaya dengan hanya bekerja makan gaji. Ramai orang berpendapat bahawa dengan berniaga sahaja yang boleh menjadi kaya.

Tetapi dengan membaca buku ini boleh membuka minda kita bagaimana seseorang yang makan gaji boleh menjadi kaya. Kepada sesiapa yang bekerja dengan makan gaji dan bercita-cita untuk menjadi kaya, bacalah buku ini. Setiap kandungan buku ini banyak kebenarannya yang boleh kita praktikkan untuk diri kita yang mana satu sesuai di dalam mengejar cita-cita untuk menjadi kaya. Buku ini juga memberi kesedaran dalam minda kita bahawa kebanyakkan dari kita yang makan gaji juga punya peluang untuk kaya.

Terima kasih sekali lagi kepada penulis buku ini En. Shamsudin Abdul Kadir yang mana telah mencurahkan ilmu di dalam buku ini yang boleh menjadi panduan kepada semua orang terutama kepada para makan gaji. Buku ini juga adalah buku pertama yang saya baca dan menjadi sumber inpirasi serta panduan untuk menuju ke arah kejayaan dalam hidup.

1/30/2011

Akaun 2 KWSP Untuk Deposit Beli Apartment

Pada Jumaat lepas dalam jam 2.30 petang saya dan isteri telah ke pejabat KWSP di jalan Karamunsing untuk menguruskan pengeluaran akaun 2. Sebelum masuk ke pejabat, saya telah check penyata terkini KWSP dan selepas print keluar penyata tu, bolehlah cukup untuk cover deposit 10% dari akaun 2 untuk membeli sebuah apartment di Lok Kawi Height.

Kemudian kami melangkah masuk ke pejabat KWSP dan bersama juga borang KWSP 9C (utk pengeluaran beli rumah) telah diisi awal2 lagi di rumah, salinan ic, buku bank, surat Offer letter loan dari bank serta Penjanjian Jual Beli (S&P). Semua dokumen perlu ada satu set fotostat dan yang original dibawa sekali untuk pengesahan.

Dalam masa 1 jam urusan di kaunter KWSP untuk pemeriksaan dokumen dan pengesahan serta cap jari di borang KWSP semua selesai dengan lengkap dan baik. Pihak KWSP memaklumkan bahawa semua urusan pengeluaran mengambil masa 3 minggu.

Harap-harap segala urusan berjalan dengan lancar.

1/18/2011

Expo Properties di Kompleks Karamunsing

Jalan-jalan di hujung minggu sekitar Kota Kinabalu dan sempat melepak di 2 shopping complex terkemuka di bandaraya. salah satunya kompleks Karamunsing yang mana telah berlansung satu Mini Expo Hartanah dari 14 -16 Januari 2011 sebagai pembuka tirai 2011. Beberapa syarikat pemaju telah menyertai pameran ini antaranya Meja Sunwise, SPNB, KKIP Sdn Bhd, SUDC dan lain-lain. Saya sempat juga melawat setiap boot pameran terdapat projek baru, projek dalam pembinaan dan siap yang telah pun mendapat OC. Semoga pameran ini sebagai pembakar semangat untuk mereka yang menceburi bidang pelaburan hartanah untuk terus melangkah setapak lagi dan menyimpan azam


1/15/2011

Waktu Terbaik Untuk Melabur Pada Hartanah

Inilah waktu terbaik untuk beli rumah / hartanah- bila ekonomi jatuh! ;)

Walaupun ramai “jutawan” akan menjadi “bukan jutawan” bila ekonomi jatuh, di waktu yang sama, ramai juga yang “bukan jutawan” akan menjadi “jutawan” oleh kerana bijak mengambil peluang ekonomi jatuh.

The simple formula: Bila ekonomi jatuh, harga rumah akan jatuh. Harga rumah jatuh oleh kerana akan terdapat ramai “distress” seller atau mereka yang memiliki rumah, terpaksa jual rumah mereka pada harga rendah kerana tak mampu membayar balik bank. Sebagai pelabur bijak, kita perlu cari rumah-rumah begini (yang mempunyai lokasi yang baik), dan tawarkan harga terbaik untuk membeli.

Beri masa, dan ekonomi pastinya akan perbetulkan sendiri, rumah yang kita beli pada harga murah, akan menjadi mahal dengan lebih cepat. Bila kita jual balik, keuntungan pun berganda-ganda! :)

Ini adalah salah satu cara Azizi Ali menjadi jutawan bertahun-tahun yang lalu. Ketika sekitar 1990-an Malaysia mengalami krisis ekonomi. Beli pada harga “bargain”, dan jual bila ekonomi naik semula.

So, bagi mereka yang mempunyai wang lebih, this is the best time untuk membeli rumah dan melabur pada hartanah! ;)

Soalan: Er… camne kalau takde wang? IK & Azizi boleh la sebab ada sen…

Bagi yang takde simpanan, jangan dijadikan alasan untuk tidak buat apa-apa. 10 tahun lalu ketika krisis ekonomi, saya sendiri pun takde wang dan tak boleh beli sebarang rumah. Duduk pun di flat takde bilik! tetapi, waktu itu, saya kata pada diri sendiri, krisis ekonomi seterusnya, I must have money to buy houses!

Jadi, 10 tahun lepas, saya “melepas” daripada mengambil tindakan kerana takde wang. Tidak lagi sekarang oleh kerana saya telah sediakan diri untuk mengambil peluang ini.

Jadi nasihat saya, bagi anda yang tidak berpeluang membeli rumah kali ini, anggap ini sebagai satu “panggilan” untuk tidak melepaskan peluang membeli rumah ketika krisis ekonomi yang akan datang. Mana tahu, 10 tahun… 15 tahun akan datang. So, mulakan perniagaan (perniagaan Internet menjual informasi is a good one!), mulakan simpanan… perlu prepare for that seperti mana saya prepare myself sejak 10 years ago ;)

ps: Baru semalam saya beli satu lagi rumah di KL. Yea… ;)

1/12/2011

Sembang-sembang Pasal Rumah

Selepas memberi sedikit taklimat ringkas di awal pagi, aku pun terus menuju ke café untuk sarapan pagi dan sebaik duduk saja di meja dengan beberapa geng2 sekerja, mereka sedang sembang2 pasal pelaburan hartanah. Memang menarik bila membincang benda yang kita minat, sambil tu mereka meminta juga pendapat aku. Dengan senang hatinya aku pun menceritakan pengalaman yang telah dilalui.

Dalam masa yang sama ada seorang rakan yang baru ke posting ke sini telah menceritakan dengan aku bahawa dia telah pun membuat “study case” pasal hartanah sejak 2005 tetapi sampai kini belum pernah lagi mencuba melabur dalam hartanah. Kalau kira sejarah dia boleh dikatakan lebih senior kerana telah memperolehi pengetahuan dalam pelaburan hartanah lebih awal berbanding aku hanya bermula berjinak2 dalam hartanah ini awal tahun 2008. Itu pun selepas seorang rakan yang mensyorkan aku untuk membeli rumah dan sewakan semasa kami sedang lepak minum2 kopi di kampung halaman.

Sejak dari itu aku bermula mencari maklumat mengenai pelaburan hartanah melalui rakan2 kerja yang senior, buku2 dan internet sambil tu melawat tapak pameran hartanah. Selepas membuat beberapa kajian sendiri maka aku telah berjaya memiliki sebuah apartment kos sederhana di Taman Ketiau, Putatan berkeluasan 750Sqft pada harga RM82,990 yang dibeli daripada pemaju (TPPT Sdn Bhd). Selepas memperolehi kunci, dalam masa sebulan aku mengurus segala-gala dan masuk bulan kedua apartment tersebut telah disewa hingga ke hari ini. Seterusnya aku melangkah lagi ke hadapan untuk projek seterusnya.

1/10/2011

APARTMENT UNTUK DISEWA DI TELIPOK (SEPANGGAR - TELIPOK)

Apartment Taman Wangsa Telipok untuk di sewa RM800 sebulan

STATUS = "TELAH DISEWAKAN"

(Bypass jalan KKIP Sepanggar)

3 bilik & 2 bilik air

Diskaun RM100 untuk setiap bulan jika awal bayar atau sebelum 30hb

Deposit 1+1+Utiliti = RM1900

Kemudahan Fully Furnished, Fully Grilled, Gimnasium, 24jam security, satu parking lot berbumbung, taman permainan

Kedudukan Taman Wangsa yang strategik terletak bersebelahan dengan Pekan Telipok, 15 minit ke UMS,UiTM,1 Borneo,TLDM,Rmh.Persekutuan & Hospital Likas. 10 minit ke ILP,MARA & MARDI, 5 min ke Politeknik & KKIP



Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom