3/13/2012

Mencari Rekabentuk Rumah Banglo

Ramai orang di luar sana mempunyai impian untuk memiliki rumah berstatus Banglo tetapi hanya berapa orang sahaja yang mampu untuk membelinya. Ini kerana harga rumah banglo yang dimajukan oleh pemaju pasti harganya melepasi nilaian jutaan ringgit. Justeru itu hanya mereka yang tergolong dalam hartawan dan koporat sahaja yang mampu untuk memilikinya.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan sederhana hanya mampu untuk membeli rumah teres, apartment atau flat. Bagaimanapun kita masih berpeluang untuk memiliki rumah banglo dengan cara membinanya sendiri melalui tanah warisan atau dibeli sendiri di kawasan kampung halaman  dengan kos tidak sampai pun setengah juta ringgit. Tidak mustahil untuk membina rumah banglo dengan kos yang rendah tetapi dengan syarat kita terpaksa turut berkorbankan masa, tenaga dan lain-lain.

Apabila kita sudah memiliki tanah, sudah pasti pelan atau rekabentuk rumah pula perlu disediakan. Ini pasti mengambil masa sedikit kerana kita perlu mencari design, pelukis pelan dan arketik rumah serta kontraktor. Untuk memudahkan kepada mereka yang ingin membina rumah banglo di tapak tanah sendiri bolehlah layari website ini http://www.pelanbanglo.com/ untuk mendapatkan sebarang info tentang rekabentuk rumah banglo.


Terdapat banyak lagi website yang menyediakan perkhidmatan pelan rumah tetapi yang saya tonjolkan ini sekadar rujukan atau panduan sahaja dan bukan tujuan promosi web tersebut.

Ini hanya sekadar membantu kepada pembaca blog ini untuk mendapatkan maklumat.

3/10/2012

Rancang Kewangan Dengan Pelarasan Gaji


Tahniah untuk semua Kakitangan Awam kerana menerima pelarasan gaji sehingga 13% yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Perhimpunan Khas Bersama Kakitangan Awam.

Pelarasan ini telah menambah pendapatan kakitangan awam disertakan dengan kenaikan elaun COLA dan lain-lain intensif dikekalkan selepas Skim SPBA dimansuhkan.

Ini bermakna kakitangan awam akan menerima tunggakan gaji yang dikira mulai Januari 2012 dan gaji baru dijangka akan diterima pada Mac atau April ini.

Kenaikan gaji ini diterima dengan kesyukuran dan kegembiraan di kalangan kakitangan awam. Tetapi belum lagi kenaikan tersebut diterima, bermacam-macam impian telah pun dirancang terutama pinjaman peribadi dan membeli kereta. Apa pun dirancang harus dilihat kesan dari semua sudut agar perancangan tersebut tidak menjejaskan pengurusan kewangan peribadi.

Dalam pada itu ada yang telah merancang untuk membuat pinjaman untuk membeli tanah, bina rumah, modal perniagaan dan menaik taraf perniagaan sedia ada.

Tahniah untuk yang merancang ke arah yang membuat pinjaman bagi menjana duit masuk yang boleh dinamakan "Pinjaman Baik"

Rancang kewangan peribadi dengan berkualiti agar pelarasan gaji ini tidak menjadi beban untuk anda.

3/07/2012

Home Deco And Property Expo

DPEX PUTRAJAYA or formerly known as (Pameran Hartanah & Perhiasan, Putrajaya) as first initiated in 2010. A distinguished property fair name to Putrajaya folks, the exhibition offers to thousands of buyers and investors interested in residential and commercial real estate investment surrounding Klang Valley.


The Property fair is in conjunction with the celebration of Hari Belia Negara (National Youth Day). The DPEX offers to real estate developers and financial institutions an ideal platform to generate invaluable leads and further expand their business network and client base. It is also an exceptional opportunity to prospect and let new clients know about your organization’s existing and future Real Estate projects in Klang Valley.

This year, a significant number of property developers, banks and insurance companies will be exhibiting offering the visitors a spectrum of properties (Economic, medium and high-end), different investment options and financing sources. With more than 10000 m2 of space exhibition, the fair will offer a concrete platform on the booming real estate market and promote Malaysia lifestyle and culture.

As the ONLY major property investment event taking place in Putrajaya – it is a “must attend” event in the diaries of the Klang Valley serious buyers and investors.

Exhibition Venue
Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya

Exhibition Date
23 May – 27 May 2012,
Wednesday to Sunday
Admission is free and open to public

Exhibition Time
10.30am – 8pm

Exhibit Area
Approx. 10,000sqm (Gross Space)

Target Audience
Home Buyer, General Public

2/20/2012

Taman Perumahan Baru di Takis ?

Minggu lepas sempat melawat sebuah Taman Perumahan Baru yang tidak mempunyai "Tanda Nama Taman" yang terletak berhampiran dengan Kampung Takis Papar.

Kedudukan taman ini di sebelah kiri dan sukar dilihat dari jalan utama dari pekan ke kampung tersebut. Terdapat lebih 20 buah unit rumah teres dan sebuah rumah banglo.

Sambil tu tertanya-tanya juga, siapa pemaju taman ini dan adakah lagi rumah yang belum terjual atau baru hendak dilancarkan.

Dari segi rekabentuk rumah seperti di taman perumahan di Kampung Sungai Padang.

Harap-harap ada lagi unit yang mahu dijual.









2/15/2012

Kongsi Pengalaman di Pesta Usahawan



Oleh ADLAN JAAFAR (Kosmo.com.my)

NASRUDDIN berharap pameran yang akan dianjurkan dapat membantu orang ramai yang mahu memulakan perniagaan.

SELAMA 16 tahun, Nasruddin Abdul Ghani bekerja sebagai penjual hartanah menggunakan kaedah konvensional. Malah, sebelum telefon bimbit digunakan secara meluas, lelaki dari Rembau, Negeri Sembilan itu perlu berulang-alik dari pejabat ke lokasi jika mendapat mesej daripada pelanggan berpotensi.

Keluh lelaki berumur 44 tahun itu, kerja-kerja rencam seperti menaikkan sepanduk dan menampal iklan-iklan perlu dibuat sendiri tidak kira keadaan cuaca semata-mata demi premis hartanah terjual.
Kini, dia masih lagi seorang penjual hartanah tetapi dengan cara yang berbeza iaitu menggunakan kaedah dalam talian melalui laman sesawang www.drumah.com.
Masih lagi menggunakan talian telefon sebagai alat komunikasi, namun, penggunaannya telah diminimumkan untuk tujuan pengesahan pemilik premis untuk menjual selain urusan-urusan rasmi yang melibatkan bank dan guaman.

“Orang sekarang lebih suka melihat dahulu premis yang mahu dibeli secara maya dalam Internet, barulah mereka membuat keputusan untuk melihat sendiri,” kata Nasruddin ketika ditemui di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Laman web www.drumah.com mula beroperasi pada bulan Mac 2009 selepas mendapat geran kewangan daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Bermula dengan hanya kurang 10 orang pelayar Internet melawati www.drumah.com, kini secara purata laman web tersebut dilawati seramai 10,000 sehari.

“Masa saya dapat dijimatkan sehingga 80 peratus,” ujarnya kepada Kosmo!
Untuk mendapatkan geran daripada MDeC, Nasruddin berkata, ia amat mudah. Selama ini, rungutan pihak yang mengatakan bahawa sukar untuk mendapatkannya adalah disebabkan oleh syarat-syarat yang tidak ditepati.

Atas alasan tersebut, dia yang bertugas sebagai ketua pengurus Drumah Homely Publication Sdn. Bhd. berkata syarikatnya dengan kerjasama TM Ads Solution Sdn. Bhd, pemilik portal eilmu.my akan mengadakan sebuah pameran yang akan memberi ruang kepada orang ramai memasarkan idea mereka.

Dua bahagian
PENGANJUR menyasarkan lebih 100 produk dan 50 syarikat tempatan menyertai pameran Eilmu. - Gambar hiasan
Eilmu Technopreneurs & Innovations Fair Kuala Lumpur 2012 yang bakal diadakan dari 24 hingga 26 Februari 2012 nanti terbahagi pada dua bahagian.

Bahagian pertama adalah untuk produk-produk MSC dan syarikat ICT tempatan seperti multimedia kreatif, perisian, animasi, e-dagang, aplikasi serta perniagaan berasaskan Internet.
Bertempat di Mid Valley Convention Centre, Kuala Lumpur, pameran itu nanti turut menyediakan slot ceramah selama 18 jam yang diadakan secara berkala sepanjang tempoh tiga hari acara berlangsung.

Antara penceramah yang sudah mengesahkan kehadiran adalah jutawan Internet, Irfan Khairi dan wakil dari Drumah Homely Publication sendiri.

Antara topik-topik adalah cara-cara yang betul dan tepat supaya permohonan pada agensi-agensi seperti MDeC dan Bank Simpanan Nasional dapat diluluskan.
Kepada mereka yang mempunyai idea-idea menarik yang boleh dibangunkan dan direalisasi tetapi mengalami kekangan dari segi kewangan, pameran yang bakal dihadiri oleh 50 syarikat tempatan dan 100 produk itu adalah tempat yang tepat untuk menjual idea-idea tersebut.
Bahagian kedua pula adalah untuk produk-produk jenama Malaysia.

Pihak Drumah menyasarkan pameran itu akan menjadi medan kepada para peserta pameran mencari ejen manakala pengunjung boleh mencari produk yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan daya tarikan kandungan kreatif dan produk kreatif selain menggalakkan e-pembelajaran dan e-dagang, animasi, permainan dan banyak lagi,” kata pengurus pemasaran Drumah, Azali Bakri, 27.

Tambah Azali, sebanyak 70 tapak disediakan dengan 40 peratus daripadanya telah ditempah dengan 4,000 pengunjung telah mengesahkan di laman web www.drumah.org tentang kehadiran mereka pada pameran tersebut.

Pada hari pameran itu nanti, watak popular animasi tempatan, Upin dan Ipin akan hadir membuat penampilan istimewa.

2/07/2012

Siapakah Pemilik Rumah Ini

Cantik dan menarik rumah banglo ini, sungguh teruja apabila melihat rumah seperti ini.

siapakah pemilik mahligai ini?

Rumah ini terletak di kampung kelahiran bapa saya, puas mata memandang dengan seni bina rumah ini. Sempat menanyakan sahabat bapa saya yang juga merupakan jiran rumah tersebut telah memaklumkan saya bahawasaya rumah itu dimiliki oleh seseorang yang berbangsa Bugis dan menjalankan peniagaan teksi sahaja.

Dalam pada itu, saya melihat memang ada 2 buah kereta teksi sebuah baru dan sebuah model lama. Tidak disangka dengan membawa teksi pun boleh membina rumah seperti ini, tahniah untuk pemilik rumah ini.

Inilah dinamakan rezeki, apa sahaja yang diusahakan pasti akan membuahkan hasilnya.

Rumah Baru Teres Setingkat Taman Takis

Projek perumahan baru yang giat dalam pembinaan iaitu teres satu tingkat di Kampung Takis Papar. Kedudukan Taman ini juga strategik berhampiran dengan kemudahan asas sedia ada seperti Hospital, Pekan Papar, Rumah Ibadat, Sekolah Rendah dan Menengah.

Semoga projek perumahan ini siap mengikut tarikh yang disasarkan dan akan menguntungkan kepada kedua-dua pihak pembeli serta pemaju.

Meninjau Rumah di Taman Pengalat Papar

Menjalankan operasi meninjau-ninjau rumah baru di Taman Pengalat Papar yang baru siap. Tujuan operasi ini adalah untuk mencari peluang pelaburan 2012 yang semakin mencabar kerana peraturan Bank Negara dan harga rumah semakin mahal.

Untuk itu kita perlu membuat beberapa tinjauan dan kajian terhadap pasaran hartanah semasa agar memperolehi peluang keemasan. Jangan terburu-buru untuk membeli rumah kerana silap percaturan akan mengalami kerugian. Biar lambat tetapi mendapat rumah yang mempunyai nilai yang terbaik dan menguntungkan satu hari nanti.

Teruskan niat murni ini, mencari rumah untuk pelaburan.




Melabur dan Menambung di Tabung Haji

Pada minggu lepas Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan kadar bonus 6% untuk tahun 2011. Syukur alhamdulliah kadar tersebut telah meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak 0.5%.

Pengumuman itu telah menambah keyakinan kepada para pelabur untuk menambah simpanan mereka di Tabung Haji.

Pada hari ini telah ramai menyedari kepentingan melabur dan menyimpan di Tabung Haji kerana sambil menunggu bonus setiap tahun, kita juga boleh mendaftar untuk mengerjakan haji mengikut masa giliran nanti.

Minimum simpanan perlu ada RM1,300 untuk berdaftar haji dan simpanan tersebut tidak boleh dikeluarkan kerana jika dikeluarkan maka giliran haji kita akan kira batal.

Jom melabur dan menyimpan di tabung haji sambil memasang niat akan mengerjakan haji satu hari nanti apabila giliran kita tiba.

Bertindaklah dari sekarang jangan tunggu umur lanjut barulah hendak daftar haji.

Baiki Lampu Rumah Sewa



Hari Jumaat lepas terima sms dari penyewa di Taman Ketiau Putatan yang telah memaklumkan saya mengenai kerosakkan lampu dapur.

Sebelah malamnya saya datang untuk tukar mentolnya tetapi malang sekali kerna tapak "bracket" mentol tersebut juga turut rosak terpaksa kerja membaiki ditangguhkan. Dalam pada masa yang sama penyewa memaklumkan ingin menyambung kontrak penyewaan, satu berita gembira buat saya.

Petang kelmarin saya datang balik ke rumah sewa dengan membawa sekali tapak mentol dan melakukan kerja-kerja membaiki dalam masa 5 minit. Syukur alhamdulliah kerja selepas dengan baik dan lampu pun dapat digunakan. Dalam masa yang sama juga mentol bilik mandi juga saya tukar kerna hampir rosak.

Jika ikut perjanjian penyewa yang bertanggungjawab mengenai kerosakkan kecil tetapi apakan daya jika penyewa orang perempuan terpaksalah juga ditolong.

Sebagai tuan rumah kita terpaksa juga bertanggungjawab memastikan rumah sewa dalam keadaan baik. Lagi pun penyewa telah pun menyatakan harsat untuk menyambung kontrak sewa, jadi kena jagalah kebajikan penyewa.

Sentiasa menjaga kebajikan penyewa kerna mereka yang membantu di dalam membayar pinjaman bulanan rumah sewa kita.

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom