Pada minggu lepas Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan kadar bonus 6% untuk tahun 2011. Syukur alhamdulliah kadar tersebut telah meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak 0.5%.
Pengumuman itu telah menambah keyakinan kepada para pelabur untuk menambah simpanan mereka di Tabung Haji.
Pada hari ini telah ramai menyedari kepentingan melabur dan menyimpan di Tabung Haji kerana sambil menunggu bonus setiap tahun, kita juga boleh mendaftar untuk mengerjakan haji mengikut masa giliran nanti.
Minimum simpanan perlu ada RM1,300 untuk berdaftar haji dan simpanan tersebut tidak boleh dikeluarkan kerana jika dikeluarkan maka giliran haji kita akan kira batal.
Jom melabur dan menyimpan di tabung haji sambil memasang niat akan mengerjakan haji satu hari nanti apabila giliran kita tiba.
Bertindaklah dari sekarang jangan tunggu umur lanjut barulah hendak daftar haji.
No comments:
Post a Comment