3/05/2011

Bijak Mengurus Pinjaman Peribadi

sekadar gambar hiasan

Pinjaman peribadi merupakan pinjaman yang ditawarkan kepada para pelanggan untuk memohon bagi kegunaan peribadi seperti mengubahsuai rumah, melancong, membeli belah, beli kereta, untuk kecemasan, kahwin dan lain-lain. Jika kita menggunakan pinjaman ini tanpa perancangan penting maka sia-sia sahaja kita menggunakan pinjaman ini.

Kebiasaannya setiap peminjam akan mengambil tempoh panjang untuk membayar balik pinjaman di antara 10 tahun hingga ke 20 tahun. Selain itu juga pinjaman peribadi pada masa kini mudah untuk diluluskan yang penting slip gaji kurang komitmen tetapi perlu berhati-hati dengan tawaran ini kerana jika seseorang telah membuat pinjaman peribadi yang tinggi maka ia telah menutup ruang individu tersebut untuk membuat pinjaman lain seperti membeli rumah.

Oleh itu buatlah perancangan sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi kerana ia akan memakan diri kita sendiri kalau silap percaturan. Bagaimanapun pinjaman peribadi juga ada kebaikannya tersendiri bergantung kepada seseorang individu untuk merancang tujuan untuk membuat pinjaman tersebut. Jika tujuan pinjaman ini untuk sesuatu yang memberi manafaat maka keuntunganlah yang akan diperolehi seperti memulakan perniagaan kecil-kecilan, memberi bantuan kecemasan kepada keluarga, sebagai tambahan deposit membeli rumah dan lain-lain yang difikirkan memberi kebaikan kepada kita tanpa memberi bebanan pada masa hadapan.

Bagi pelabur-pelabur hartanah pinjaman peribadi ini boleh dimanafaatkan untuk kita menyediakan dana sebagai deposit kerana peraturan bank untuk pinjaman rumah ketiga dan seterusnya memerlukan kita mengeluarkan deposit sekurang-kurangnya 30% dari harga rumah. Jika harga rumah dalam RM50,000 kebawah bolehlah deposit 30% tetapi harga rumah RM100,000 keatas sekurang-kurangnya deposit RM30,000.... wow banyak tu. Keluar RM30,000 baru dapat sebuah rumah kalau peraturan lama boleh dapat 3 buah rumah.

Maka buatlah perancangan dengan teliti untuk memanafaatkan pinjaman ini agar ia membawa keuntungan dalam melabur rumah dan bukan kerugian kerana nilai hartanah sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Malah duit sewa rumah jugalah sebagai pendapatan yang akan digunakan untuk membayar pinjaman peribadi tersebut dan mungkin kita perlu atau tidak duit keluar dari poket sendiri kalau ada pun mungkin dalam 10% - 30% dari bayaran bulanan ke bank.

Bagaimanapun mungkin para pelabur hartanah sudah mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan deposit rumah seterusnya dan topik dibincangkan hanya sebagai panduan serta renungan bersama.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom