3/04/2011

Penduduk Sg. Bedaun Labuan Bertuah


Klinik 1Malaysia tersergam indah di Taman Mutiara, Sungai Bedaun, Labuan yang dirasmikan oleh Najib Tun Razak baru-baru ini.


LABUAN – Seramai 1,700 penduduk Taman Mutiara, Sungai Bedaun di sini amat beruntung dan bertuah!. Mereka bertuah apabila kerajaan memilih tempat tinggal mereka bagi didirikan Klinik 1Malaysia, yang pertama di Wilayah Persekutuan Labuan dan pertama dirasmikan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Tetapi apa yang lebih istimewa lagi adalah ia dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada lawatan kerjanya ke pulau bebas cukai itu pada 26 Februari lalu.

Penubuhan klinik itu merupakan cetusan idea Perdana Menteri yang amat prihatin terhadap keperluan kesihatan rakyat negara ini, selari dengan pendekatan kerajaan pimpinan beliau iaitu, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Najib pada pembentangan Bajet 2010, 23 Oktober 2009 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan pembinaan 50 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara.

Pada tahun ini, kerajaan telah membelanjakan RM18.2 juta bagi perkhidmatan di kesemua 78 buah Klinik 1Malaysia, ia meliputi sebanyak RM8.2 juta bagi perbelanjaan menyediakan perkhidmatan di 25 buah Klinik 1Malaysia yang baru pada tahun ini.

Sehingga 6 Februari lalu, hampir dua juta pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia di seluruh negara.

Mengenai klinik terbaru iaitu yang paling ‘bongsu’, yang ke-78 itu, ia ditubuhkan untuk meningkatkan kebolehcapaian kepada kemudahan kesihatan untuk dinikmati oleh rakyat Labuan terutama bagi kawasan sekitar Taman Mutiara, Sungai Bedaun itu.

Ia terletak kira-kira 14 kilometer dari pusat bandar, lokasinya adalah di tingkat bawah sebuah flat kos sederhana yang disediakan oleh Perbadanan Labuan tanpa dikenakan sebarang sewa.

Antara sebab utama Taman Mutiara, Sungai Bedaun dipilih adalah kerana ia mempunyai kepadatan penduduk hampir 1,700 orang, selain itu ia juga boleh dimanfaatkan oleh hampir 19,000 penduduk yang berada dalam lingkungan 10 kilometer persegi, iaitu taman-taman perumahan, kawasan perumahan kos rendah, perumahan angkatan tentera dan tujuh buah kampung.

Antara penempatan itu adalah perumahan kos rendah (1,600 orang), perumahan tentera (1,000 orang), Kampung Sungai Buton (500 orang), Kampung Bebuluh Laut dan Darat (1,900 orang), Kampung Belukut (700 orang), Kampung Sungai Miri dan Kampung Sungai Lada, masing-masing 1,000 orang.

Labuan yang mempunyai penduduk seramai 95,000 orang pada masa ini mempunyai sebuah hospital, Hospital Labuan; rumah sakit tentera, 10 buah klinik desa dan sebuah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Labuan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Klinik 1Malaysia ini.

Sehingga kini, Klinik Kesihatan Labuan menerima jumlah pesakit melebihi 60,000 setahun dan penubuhan Klinik 1Malaysia amat bertepatan dengan masanya apabila penduduk mempunyai pilihan untuk mendapat rawatan ringan tanpa perlu menunggu lama.

Mereka juga tidak perlu memandu ke kawasan bandar bagi mendapat rawatan ringan, selain masa perkhidmatan di Klinik 1Malaysia yang lebih panjang.

Klinik itu yang dikendalikan oleh seorang penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih telah mula beroperasi pada 21 Februari lalu bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom