Faktor terpenting dalam membeli sesebuah hartanah untuk mereka-mereka yang kurang modal perlu mengenalpasti mana-mana pakej pinjaman perumahan yang sesuai untuk memberi pinjaman dengan kadar tinggi iaitu peratus “Margin of Financing”.
Saya pernah bertanya dengan seorang pegawai Bank Muamalat yang mana secara kebetulan mereka membuat pameran di Wisma Muis, Kota Kinabalu yang mana bank ini menawarkan pakej pinjaman sehingga 95% (Margin of Financing) + 10% (Inclusive of MRTT, legal fee, MOT etc). Tetapi pakej ini tertakluk kepada rumah jenis teres ke atas sahaja manakala untuk apartment masih kekal 90% sahaja.
Selain itu juga pakej yang ditawarkan tidak ada “Lock-in-Period” yang mana hartanah yang dibeli boleh dijual semula pada bila-bila sahaja tanpa dikenakan sebarang bayaran penalty. Sementara terma yang lain sama juga dengan kebanyakkan bank seperti Zero Entry Cost (ZEC), pinjaman sehingga berumur 70 tahun atau tempoh 40 tahun dan competitive financing rates.
Apa yang saya ceritakan ini sekadar untuk panduan kepada yang ingin mencari pakej pinjaman kerana kebanyakkan pakej pinjaman adalah sama. Tetapi bagi mereka yang kurang modal bolehlah mencuba pakej yang dibincangkan ini kerana dalam pelaburan hartanah kita perlu mencuba mengurangkan wang keluar dari poket sendiri dan cuba merendahkan bayaran bulanan atau memanjangkan tempoh pinjaman serta memastikan duit sewa nanti masuk dengan positif.
Melabur untuk masa depan dan mencipta pendapatan pasif.
No comments:
Post a Comment