Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan dan memperhebatkan usaha membantu rakyat di negeri ini dengan memberikan tempat tinggal, pekerjaan dan latihan.
Menurut beliau, kaedah kerajaan adalah jelas dalam pemberian rumah PBR iaitu meliputi semua kaum asalkan layak menerimanya.
"Sama ada rumah, pekerjaan dan latihan kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat. Namun, rakyat harus merebut peluang yang diberikan untuk mengubah kehidupan dan keluar daripada garis kemiskinan," katanya dalam ucapan sempena majlis penyerahan kunci rumah itu di sini semalam.
Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin; Pemimpin Kemajuan Rakyat Klias, Saidin Musi; Pegawai Kemajuan Masyarakat, Amsir Dani dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
Tambah Azizah, rakyat harus berazam tinggi untuk mengubah kehidupan dan menghindari tanggapan bahawa kemiskinan merupakan sesuatu perkara yang sukar untuk diperbaiki.
Beliau berkata, sebanyak 50 buah PBR akan dibina pada tahun ini bagi DUN Klias untuk membantu rakyat di kawasan itu mendapat rumah yang lebih selesa.
Katanya, pembahagian rumah PBR mengikut mukim melibatkan lima unit di mukim Montenior, Klias (10 unit) dan mukim Limbawang (lapan unit).
"Selain itu, sebanyak 25 senarai ketua keluarga dalam e-Kasih di DUN Klias telah mendapat pekerjaan di bawah program Azam Kerja dan Azam Niaga pada tahun lalu," katanya.
Sumber Info : Utusan Online
No comments:
Post a Comment