3/02/2011

Kadar Sewa Apartment Sekitar Kota Kinabalu

Untuk mendapatkan kadar sewa bagi sesuatu taman perumahan perlu kita merujuk kepada suratkhabar atau bertanya penghuni di sekitar taman berkenaan. Tetapi kadar sewa rumah atau apartment bagi sesuatu taman akan berubah dari masa ke semasa dan kadar sewa akan naik apabila sekitar taman berkenaan banyak kemudahan yang boleh di perolehi seperti sekolah, klinik, mini market, masjid, balai polis dan lain-lain serta jalanraya berkeadaan baik.

Setiap kemudahan yang wujud akan meningkatkan kadar sewa bagi sesuatu taman walaupun buat permulaan kadar sewa rendah tetapi dari tahun ke tahun kadar tersebut akan terus meningkat. Begitu juga beberapa apartment di sekitar Kota Kinabalu yang mana satu ketika dulu kadar sewanya hanya sekitar RM400 - 550 sebulan.

Tetapi dengan faktor pembangunan dan kemudahan serta permintaan kediaman sewa terus meningkat dengan beberapa kemudahan yang disediakan di sana seperti swimming pool, children's play area, gym room, nursery, multi-purpose hall, badminton courts dan lain-lain. Pada hari ini kadar sewa tersebut akan meningkat dari RM600 - RM850 (tiada atau separuh perabot) dan kadangkala "maintenance fee" ditanggung oleh penyewa.

Manakala bagi apartment mempunyai perabot penuh di antara RM900 - RM1,200 termasuk "maintenance fee". Untuk merujuk kadar sewa tersebut bolehlah layari mana-mana laman web bagi mendapatkan info terkini kadar sewa yang ditawarkan oleh pihak tuan rumah.

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom