3/12/2011

Segera Cari Rumah Pertamaku

Sekadar gambar hiasan

Inilah masanya dan peluang untuk memiliki rumah melalui Skim Rumah Pertamaku tanpa deposit untuk rumah berharga bawah RM220,000 bagi mereka yang baru bekerja atau telah lama bekerja tetapi masih lagi menyewa. Kebanyakan orang muda masih dalam proses menstabilkan ekonomi masing-masing, termasuk pasangan yang baru berkahwin.

Bagaimanapun mereka tidak boleh menunggu lebih lama untuk memastikan ekonomi masing-masing stabil kerana harga rumah dari masa ke semasa sentiasa meningkat. Kita tidak boleh mengharapkan pada masa-masa akan datang harga rumah akan turun kerana kadar peningkatan harga rumah adalah disebabkan faktor permintaan, kemajuan dan kos terlibat sentiasa meningkat seperti bahan binaan mengakibatkan harga jualan rumah juga turut meningkat.

Maka segeralah buat pencarian rumah-rumah yang sesuai dengan kemampuan kita sama ada rumah yang telah siap atau dalam proses pembinaan. Untuk membeli rumah yang telah sedia siap mempunyai harga yang mahal berbanding membeli yang sedang dalam pembinaan.

Bagaimanapun rumah dalam proses pembinaan menyebabkan kita perlu membayar faedah pinjaman sehingga rumah siap. Ini menyebabkan seseorang yang menyewa terpaksa mengeluarkan 2 jenis duit keperluan untuk membayar rumah iaitu sewa dan faedah pinjaman bank.

Oleh itu, kita perlu membuat kajian sendiri untuk mengenalpasti yang mana satu rumah yang sesuai untuk dibeli. Semua ini terpulang kepada anda semua kerana kena diingat bahawa harga rumah tidak akan menunggu sehingga kita benar-benar stabil.


Selamat Berjaya Memiliki Rumah Pertamaku

2 comments:

  1. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Saudara Rizal.

    Saya nak bertanya tentang kelayakan untuk memohon Skim Rumah Pertamaku. Adakah ianya hanya untuk mereka yang bekerja dengan swasta sahaja yang layak untuk memohon skim ini? Bagaimana dengan pekerja sektor awam? Bolehkah memohon skim ini?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. w'salam dan selamat menyambut hari raya serta kemerdekaan, maaf sebab lewat untuk replay.

    Utk makluman saudara, skim rumah pertamaku ini khas untuk pembeli yang belum membeli sebarang rumah. Keutamaan bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, kerna bg seorang yang bkerja di sektor awam telah pun sedia menikmati skim mirip untuk rumah pertamaku melalui pinjaman kerajaan.

    Skim pertama ini membolehkan seseorg membeli rumah tanpa mengeluarkan deposit sbyk 10% kerna mereka akan diberi melalui cargamas sdn bhd bermakna pinjaman mereka 100%.

    Begitu juga melalui pinjaman kerajaan sbyk 100% malah lebih termasuk insuran dan peguam boleh dianggarkan sbyk 105% hingga 115%. Kbiasaanny membeli rumah melalui pinjaman kerajaan, kita hanya mengeluarkan duit untuk booking shaja seperti RM500-RM2000 dan yg lain akan ditanggung oleh kerajaan, dan mungkin free.

    Tetapi terdpt juga pihak bank yg menguruskan skim rumah pertama utk kakitangan awam dengan syrat harga rumah RM100K keatas. Utk syarat terkini cuba saudara rujuk kp pihak bank.

    Bagaimanapun pijman kerajaan adalah yg terbaik berbanding dengan bank. Tetapi bergantung pd saudara untk memilih yang sesuai kerna saya sendiri mengunakn kedua2 jenis pinjaman.

    ReplyDelete

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom