2/11/2011

Kejayaan Teman Sekampung



Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa pun tahu. Begitulah tuah rakan sepermainan saya di kampung semasa kecil2 dahulu, zaman kanak2 la, yang saya panggil dengan nama Long (nama kampung la). Kami rapat semasa di kampung mengaji sama2, mandi sungai sama2, main apa saja sama2 dan lain-lain boleh dikatakan sama2. Tetapi Long ini hanya belajar sampai sekolah menengah tetapi saya sampai peringkat IPT, syukurlah saya dapat menamatkan pengajian dengan jayanya dalam Kejuruteran Mekanikal dan mendapat pekerjaan di sektor awam serta masa depan terjamin.

Manakala Long ini hanya dapat bekerja di sektor swasta tetapi di syarikat milik dia sendiri. Walaupun hanya berkelulusan di peringkat menengah tetapi kejayaan hidup dia terlalu cemerlang dan bagi saya boleh di kategorikan sebagai seorang yang telah berjaya dalam dunia perniagaan. Pelbagai rintangan dan cabaran dilaluinya dari saat susah hingga beroleh tahap yang boleh dibanggakan.

Pernah satu ketika dahulu, time2 susah, kereta proton iswara yang dipandu oleh dia hampir2 di tarik oleh pihak bank kerana mempunyai tunggakan 6 bulan tidak berbayar. Betapa susahnya Long ketika itu yang bekerja dengan syarikat orang dan dia bukanlah dari keturunan keluarga kaya. Semasa mula2 Long bersama arwah pak ciknya membuka perniagaan, dia hanya sebagai ahli perniagaan biasa yang masih memandu kereta Iswara dan pick-up untuk bisness. Dari langkah pertama dalam dunia perniagaan hingga mencatit setiap langkah untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan di peringkat korporat.

Pada hari ini dalam usia pertengahan 30an, dia memiliki beberapa kereta mewah seperti Cygnus – Superking, Mercedes, harrier dan Audi TT. Dia juga memiliki bonglo yang dibina sendiri oleh syarikat kontraktornya bernilai 2 juta lebih. Selain perniagaan yang diuruskan oleh Long, dia juga melibatkan diri dalam perlaburan hartanah secara tidak langsung serta memiliki 3 buah shoplot dan beberapa unit rumah.

Saya sebagai rakan sekampung merasa bangga kerana ada juga usahawan yang telah berjaya dari kampung kami dan dia juga sentiasa memberi sebarang sumbangan di kampung semoga dia lebih berjaya di hari-hari akan datang.

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom