2/06/2011

Penduduk Kampung Titingan Tidak Dibenar Bina Rumah Baru


Mangsa kebakaran Kampung Titingan, Blok 6 Laut mencari barangan apa saja untuk faedah penduduk. Foto: Ismail LamoTAWAU, 1 Feb (Bernama) -- Penduduk Blok 6 laut, Kampung Titingan dekat sini yang terlibat dalam kebakaran semalam tidak dibenarkan mendirikan rumah baru di kawasan berkenaan, kata Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata ini kerana kawasan terbabit termasuk dalam pelan pembangunan Kampung Titingan yang lebih tersusun.

Dalam hal ini, pihak berkuasa Majlis Perbandaran Tawau akan membuat pemantauan bagi memastikan tiada lagi rumah setinggan didirikan di situ, katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan itu pada Selasa.

Dalam kejadian tengah hari Isnin, seramai 449 orang dari 64 keluarga hilang tempat tinggal apabilah rumah haram di situ musnah di jilat api.

Dari jumlah tersebut, 24 keluarga yang terdiri dari 141 dewasa dan 36 kanak-kanak adalah rakyat tempatan manakala 234 dewasa dan 38 kanak-kanak daripada 40 keluarga adalah pendatang asing.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas turut mengingatkan penduduk terutama di kawasan yang padat supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini seperti kebakaran.

Sumber dari BERNAMA Online

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom