Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan melakukan promosi besar-besaran di seluruh negara tahun ini 2011 termasuk menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus.
Selain itu pembeli juga berpeluang membeli rumah tanpa membayar wang pendahuluan yang berharga antara RM35,000 hingga RM250,000 kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Sr Kamarul Rashdan Salleh yakin menerusi kempen promosi itu akan membantu SPNB mencapai sasaran jualan 6,300 unit rumah untuk tahun ini.
"Pada tahun 2010, SPNB telah berjaya menjual lebih kurang 3,000 unit dengan jumlah nilai sekitar RM400 juta dan SPNB mencatatkan keuntungan sebelum cukai kira-kira RM15 juta untuk tahun yang sama (2010).
"Berdasarkan kepada angka jualan rumah yang memberangsangkan tahun lepas, SPNB akan mencatatkan jualan lebih tinggi tahun ini menerusi jalinan kerjasama dengan Cagamas Berhad, syarikat perbadanan gadai janji dan pensekuritian terkemuka negara, Malaysia Building Society Bhd. dan Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya. – Bernama
Sumber : Utusan Online
No comments:
Post a Comment