2/13/2011

Kenapa Ramai Gemar Membeli Kereta

Kenapa ramai di antara kita lebih mengemari membeli kereta yang mahal-mahal walaupun gaji bulanan diperolehi cukup-cukup. Kita lebih berani membeli kereta berbanding membeli rumah mesti pun masih lagi menyewa walaupun sudah bekerja bertahun-tahun kerana mereka berfikir membuat rumah nanti sahaja di kampung halaman. Kepada mereka yang masih belum membeli rumah atau baharu sahaja memasuki alam pekerjaan buatlah perancangan hidup agar lebih sempurna.

Bagaimanapun ini antara alasannya bagi mereka yang cenderung membeli kereta:-

PERTAMA : Kereta mudah untuk dibeli, janji ada slip gaji 3 bulan berturut atau pendapatan seperti penyata bank untuk 3 bulan.

KEDUA : Kereta boleh dibeli tanpa deposit terutama kakitangan awam.


KETIGA
: Proses membeli kereta cepat yang penting kereta ada stok, paling cepat seminggu proses dan minggu depannya boleh sudah drive kereta baru.

KEEMPAT
: Kereta ni umpana girlfried yang masih single dan bini kedua bagi mereka yang dah kahwin.

KELIMA : Sudah menjadi tabiat kita membeli kereta adalah matlamat pertama selepas beroleh pekerjaan.

KEENAM : Kereta boleh dibawa bersiar-siar ke mana-mana saja destinasi yang hendak kita tuju.

KETUJUH : kereta boleh tunjuk kat orang kampung yang kita telah pun membeli kereta dan makin mahal kereta maka makin banggalah kita masuk kampung halaman.

KELAPAN : Kereta boleh dihias dengan bermacam assessori yang terdapat di pasaran yang membolehkan kereta kita lebih nampak menyerlah.

KESEMBILAN : Kita mudah memperolehi kawan yang berminat dalam ubahsuai kereta dan sentiasa menjadi pembakar semangat kita untuk mengupgrade kereta sedia ada.

KESEPULUH : Kita lebih bangga jika dapat membeli kereta berbanding membeli rumah..............

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom