" P/S : Buat korang yang ada blog, mungkin korang boleh copy paste entri aku ni supaya lebih ramai yang akan dapat menilai peri pentingnya perkara ini kepada generasi akan datang, insyaallah"
Sumber dari blog Kuasa Hartanah
Sumber dari blog Kuasa Hartanah
Apa yang aku nak ?
Aku nak ‘satu peruntukan dana untuk memasukkan subjek pengurusan kewangan dalam syllabus pendidikan negara kita’.
Kenapa aku nak?
Sebab aku tengok banyak masalah yang wujud kat negara ni kebanyakannya disebabkan oleh satu benda yang kita panggil ‘duit’. Family berpecah belah sebab tamakkan duit, ibu bapa bercerai-berai sebab tak cukup duit, penjenayah melakukan jenayah sebab takde duit sedangkan bagi aku kalau diberi pendidikan dari awal tentang cara menguruskan duit, dah tentu semua ini dapat dikurangkan.
Banyak mana dana yang diperlukan?
Terlalu banyak dana yang diperlukan kerana satu syllabus tambahan perlu digubal bagi peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Semua ini memerlukan peruntukan yang besar terutamanya bagi penghasilan buku teks yang baru, kursus untuk guru-guru yang terpilih dan 1001 macam keperluan lagi.
Kenapa ianya penting?
Peringkat Rendah :
Anak-anak kecil perlu diperkenalkan tentang pengertian ‘wang’ supaya putera-puteri kecil kita ini tahu betapa bernilainya setiap ringgit dan sen yang mereka perolehi. Secara tidak langsung, sifat menabung dapat dipupuk dari usia seawal 7 tahun lagi.
Peringkat Menengah :
Golongan remaja perlu difahamkan tentang konsep pelaburan supaya mereka dapat memaksimumkan wang tabungan mereka yang telah mereka kumpul semenjak peringkat sekolah rendah lagi. Untuk itu, status jutawan amat mudah untuk mereka kecapi kerana mereka telah terdedah dengan konsep pelaburan dan ‘compounded interest’ seawal usia ini. Bukankah lagi awal mereka menabung, lagi sedikit jumlah yang perlu disimpan untuk mengecapi angka 1 juta di dalam akaun mereka?
Peringkat Pengajian Tinggi :
Di peringkat ini, barulah barisan cerdik pandai kita ini diperkenalkan dengan advance module tentang konsep pelaburan di samping pemahaman tentang peri pentingnya mereka menjauhi skim cepat kaya dan bahayanya ‘money laundering‘ terhadap masyarakat. Selain daripada itu, di peringkat ini juga perlulah diterapkan konsep keusahawanan dalam diri mereka supaya mereka tidak akan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji sebagaimana yang dialami oleh generasi kita sekarang.
Kesan terhadap kerajaan :
Memang ianya tidak akan menguntungkan parti politik pemerintah meraih lebih banyak sokongan kerana impaknya tidak akan diperolehi immediately tetapi sekurang-kurangnya generasi akan datang pasti akan merasai kesannya dan bersyukur terhadap apa yang kerajaan sebelumnya telah lakukan.
Apa pun, ini cuma impian aku terhadap bajet tahun depan dan harap-harap ianya akan menjadi kenyataan demi merealisasikan hasrat untuk mewujudkan negara Malaysia yang lebih maju.
No comments:
Post a Comment