2/09/2011

Lepak Dengan Rakan Hartanah


Minggu lepas sempat berjumpa dan melepak dengan sahabat saya dari Labuan dan merupakan salah seorang yang terlibat dalam pelaburan hartanah secara part time. Sahabat seorang yang sentiasa memberi maklumat kepada saya tentang pelaburan hartanah ini dan merupakan seorang yang makan gaji juga seperti saya.

Sahabat memaklumkan saya bahawa shoplot yang dijual oleh dia tahun lepas telah meletup harganya dan mendapat permintaan tinggi baru-baru ini selepas 3 buah bank dibuka di kawasan tersebut. Menurutnya apabila ada bank yang dibuka di mana-mana kawasan shoplot boleh menyebabkan nilai hartanah tersebut juga turut meningkat naik.

Berbalik kepada cerita shoplot yang dijual oleh sahabat ketika itu adalah RM500K lebih dan telah naik dengan mendadak untuk penilaian terkini ialah RM1juta lebih. Walaupun sudah memperolehi keuntungan tetapi sahabat menyatakan rasa kesal kerana menjual pada ketika itu dan tidak sekarang.

Ok cukup setakat ini, kita cerita kisah baru, sahabat memberitahu saya bahawa dia telah pun membeli sebuah lagi shoplot yang terbaru dengan harga RM300K lebih yang mana tingkat bawah telah pun disewakan (RM2500 sebulan) kepada seorang mak cik jual kain untuk cawangan kedai kainnya yang ketiga. Manakala tingkat atas akan di jadikan pejabat serta dalam proses plan untuk renovate dan akan disewakan kelak. Menurut sahabat dengan sewa di tingkat bawah tersebut saja telah pun tutup bulanan bank.

Sementara itu, sahabat juga menyatakan bahawa dia sedang mengurus pinjaman untuk membeli sebuah rumah Semi-D yang berharga RM480K dan bank telah nilai rumah tersebut dengan nilai RM500K serta pinjaman sahabat tersebut juga telah lulus.

Saya cukup bangga dengan kejayaan sahabat telah sukses di dalam pelaburan hartanah walaupun dia bukan seorang otai hartanah rasmi tetapi setiap langkah yang dibuat oleh sahabat boleh dijadikan panduan untuk saya melangkah lagi jauh ke depan.

Dalam 4 petang lebih kami pun pulang.......

No comments:

Post a Comment

Kalkulator Pinjaman Rumah

Kalkulator Pinjaman

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank

Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm Kundasang

Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Jalan Tamparuli

Poring Hot Spring Ranau

Taman Pertanian Tenom